Keanggotaan
Keanggotaan Terbuka Kepada Kakitangan Kerajaan, Badan-Badan Berkanun Kerajaan, Anak Syarikat Milik Penuh Kerajaan Yang Diswastakan Dan Berkhidmat Di Negeri Kedah Darul Aman sahaja dan berstatus tetap. Keanggotaan terkini hampir 4000 orang.
Taklimat anggota baru 23 Mei 2017
Taklimat anggota baru diadakan dibilik mesyuarat KPPKNK pada 23 Mei 2017. Taklimat disampaikan oleh Ahli Lembaga Koperasi Tn. Haji Munir Bin Badrul Jamil (Bendahari). Seramai 8 orang anggota baru hadir pada majlis tersebut.
Dikemaskini Pada 25-05-2017
Lawatan Kerja Pegawai-Pegawai Jabatan Dan Kementerian
Lawatan Kerja Pegawai-Pegawai Daripada Jabatan Kementerian Kewangan, KPDNKK dan SKM Kedah melawat Bahagian Kredit, Koservis dan Ar Rahnu pada 9 Mei 2017.
Dikemaskini Pada 16-05-2017
Taklimat Anggota Baru 28 Mac 2017
Taklimat anggota baru diadakan dibilik mesyuarat KPPKNK pada 28 Mac 2017. Taklimat disampaikan oleh Ahli Lembaga Koperasi Dato' Haji Hashim Bin Ahmad. Seramai 9 orang anggota baru hadir pada majlis tersebut.
Dikemaskini Pada 29-03-2017
Kursus Asas Microsoft Word hari ini 25 Mac 2017
Kumpulan 1 Kursus Teknologi Maklumat (Asas Microsoft Word) telah berjaya diadakan pada 25 Mac 2017 di Bilik Mesyuarat Koperasi. Sijil Penyertaan disampaikan oleh Tuan Bendahari Koperasi iaitu Tn. Haji Munir Bin Badrul Jamil.
Dikemaskini Pada 26-03-2017
Promosi Minyak Pelincir Shell Helix
Promosi Minyak Pelincir Shell Helix dengan model-model kereta Ferrari untuk anda kumpulkan. Dari 20 Mac Hingga 30 April 2017.
Dikemaskini Pada 21-03-2017
Mentor Bengkel 'Coaching' Ar Rahnu (Bukan Francais)
KPPKNK di lantik sebagai mentor kepada Program Bengkel 'Coaching' Ar Rahnu (Bukan Francais). Bengkel ini telah berjaya dilaksanakan pada 28 Feb - 1 Mac 2017 di Hotel Georgetown City, Pulau Pinang.
Seramai 30 peserta turut hadir dalam bengkel ini yang terdiri daripada wakil-wakil koperasi kredit dari negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.
Dikemaskini Pada 08-03-2017
| Mula | Kembali | Seterusnya | Akhir |
| (Jumlah Pelawat : 21431) | |||

















